BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 20, 2014

Merungkai Rukun Solat

Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbifi'li dan qauli.

Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:

BERDIRI TEGAK

Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat. 

NIAT

Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.


TAKBIRATUL IHRAM

Takbiratul ihram (ﺗﻜﺒﻴﺮﺓ ﺍﻹﺣﺮﺍﻡ) ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat. Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar (الله أكبر) adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya.  Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu. Muqaranah (ﻣﻘﺎﺭﻧﻪ) atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:

Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz 
Boleh juga dengan lafaz  atau . 
Syarat-syarat takbir ialah :
  • Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
  • Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
  • Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
  • Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
  • Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
  • Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH 

Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. 

Syarat-syaratnya adalah:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
  • Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
  • Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
  • Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
  • Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
RUKUK 

Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih. 

I'TIDAL 

I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. 

Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek. 

SUJUD

Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. 

Syarat-syarat sujud ialah:
  • Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
  • Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
  • Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
  • Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
  • Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
  • Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
  • Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD  

Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. 

Syarat-syaratnya ialah:
  • Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
  • Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
  • Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
DUDUK TAHIYYAT AKHIR

Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat. 

MEMBACA TASYAHDDUD

Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
  • Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
  • Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
  • Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
  • Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.

SELAWAT KE ATAS NABI

Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya 
Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. 

Syarat-syarat bacaan salawat ialah:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”  atau “An-Nabiy” .
  • Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
  • Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

SALAM
  • Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
  • Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam  iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
  • Diucapkan dengan “kaf al-khitab”  bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
  • Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
  • Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘”  yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
  • Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
  • Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
  • Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
  • Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
  • Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
TERTIB

Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

RUKUN SOLAT



Rukun Qauli

- Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. 
- Berbisik, TAK SAH. 
- suara angin, TAK SAH
- baca dalam hati, lagi TAK SAH
- Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun Qauli (diucapkan di lidah)

Takbiratul ihram 
- Al-Fatihah 
- tahiyyat akhir 
- selawat dan salam pertama.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati) , 
2. Qauli (diucap dengan lidah). 
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]
Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

13. Tertib [Qalbi]



Kesalahan membaca AL-FATIHAH

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada terjumpa 1 artikel, dan saya rasa ia berguna untuk disharekan dengan semua.
The reason saya upload surah-surah al quran dan terjemahannya serta sebutan dalam rumi adalah kerana, saya harap ia dapat membantu anda diluar sana untuk belajar more.. hihi 
coz saya sendiri pun selalu google sana sini and pinjam buku untuk belajar.. so saya rasa saya patut share ngn anda.. harap dapat membantu anda semua :)


PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.
NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.

SURAH AL-FATIHAH



Sebutan Dalam Rumi :-
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Arrahmaanirrahiim,
Maaliki yaumiddiin,
Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin,
Ihdinashirratal mustaqim,
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim 
waladhaalin.


TERJEMAHANNYA :- 
~ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
~ Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan 
mentadbirkan  sekalian alam,
~ Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
~ Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
~ Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan 
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
~ Tunjukilah kami jalan yang lurus,
~ Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat

kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai keatas 
mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.








p/s - bacaan dalam rumi sedikit berbeza dengan bahasa arab. Terjemahan dalam bahasa rumi adalah untuk memudahkan kita untuk merujuk.. :)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.





Saturday, June 7, 2014

Penghijrahan

Assalamualaikum....

Its been awhile i x check my blog nie.. heee sibuk dgn hal-hal duniawi -_-''...
bila dah buka nie, mula la nak sibuk tukar itu ini la.. delete itu ini la.. mana x penting, buang!

Terlalu byk perkara yg berlaku sepanjang kehilangan diriku ini.. cewah .. :p
Salah satunya is from free hair to berhijab.. its not easy.. to be honest.. tapi Alhamdulillah ALLAH S.W.T buka pintu hatiku ini utk berubah.. syukur...

Bukan senang ok!!! dulu nak keluar, main selamber redah jer kuar..
skrang nak keluar kena betul2 bertutup.. even kadang not really proper but still sopan la.. hihihi
Tapi since dah berhijab nie, terasa lebih safe and selamat..

Kurang la sikit mata2 liar diluar sana.. Biasalah lelaki, pantang nampak PEREMPUAN.. x kira la dahi licin ker berkerutu ker :p .. hihihi.. Asal nama perempuan kan..

Bukan x de mulut2 org yang mengumpat bila kita dah berhijrah nie.. tapi x pe la.. Buat derkkk jer la..
Mana boleh kita nak puaskan hati manusia kan???? Buat pi la apa pun, tetap ada jer benda yang nak diumpatkan.. Semoga anda bahagia yea.. huhuhu

Sedar x sedar dah more than 1 year i berhijab.. dari ada 3 helai shawl smpai la x tahu dah berapa i ada.. almost 50 pcs la kut... hihihihi (mak aku dah bising :p) dari plain sampai la bercorak..
1 day i will share kat mana i beli all my shawl..

Sampai sini saja.. When i have time, i will update again this blog..
Kepada sesiapa yang nak berhijrah tetapi takut..

My pesanan to all girls out there:-

* Just proceed! Jangan pedulikan kata2 org diluar sana.. Mulut org mana pernah stop..
* Be strong... Kejap jer.. lama2 kita akan rasa biasa.. Mulrhijaba2 tue mmg kita x selesa, gelisah, rimas, panas, segala bagai la.. tapi lama2 kita akan rasa awkward bila x be
* Tahan dugaan sikit.. hihihi dugaan kat luar sana mmg sgt hebat.. so watch out.. hihihi

And many more la.. if i have more idea.. i tambah yea =D

Assalamualaikum....