Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.
Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:
BERDIRI TEGAK
Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
NIAT
TAKBIRATUL IHRAM
Takbiratul ihram (ﺗﻜﺒﻴﺮﺓ ﺍﻹﺣﺮﺍﻡ) ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat. Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar (الله أكبر) adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya. Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu. Muqaranah (ﻣﻘﺎﺭﻧﻪ) atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:
Boleh juga dengan lafaz atau .
Syarat-syarat takbir ialah :
- Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
- Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
- Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
- Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
- Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
- Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang.
Syarat-syaratnya adalah:
- Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
- Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
- Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
- Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
- Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
- Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
RUKUK
I'TIDAL
I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah.
Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
SUJUD
Syarat-syarat sujud ialah:
DUDUK ANTARA DUA SUJUD
- Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
- Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
- Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
- Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
- Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
- Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
- Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak.
Syarat-syaratnya ialah:
DUDUK TAHIYYAT AKHIR
- Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
- Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
- Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.
MEMBACA TASYAHDDUD
Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:
Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
- Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
- Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
- Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
- Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
- Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
- Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
SELAWAT KE ATAS NABI
Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya .
Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah.
Syarat-syarat bacaan salawat ialah:
- Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
- Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah” atau “An-Nabiy” .
- Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
- Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.
SALAM
- Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
- Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
- Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
- Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
- Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘” yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
- Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
- Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
- Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
- Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
- Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
TERTIB
Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.
0 comments:
Post a Comment